KOMPONEN Kod Etika Profesionalisme Keguruan


Tanggungjawab Guru terhadap Murid:

  • lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal peribadi

  • Bersikap adil terhadap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

  • menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

  • memberi contoh yang baik kepada murid.

  • membimbing dan mengajar seseorang murid tanpa sebarang bayaran.

  • memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi.


Tanggungjawab terhadap Ibubapa murid:

  • memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana.

  • mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid.

  • mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan Profesion:

  • berusaha menunaikan tanggung jawabnya dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

  • sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi profesion keguruan.

  • sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.


Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara:

  • Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara atau bertentangan Rukun Negara.

  • memupuk dalam diri murid dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama.

  • menghormati masyarakat ditempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan.

  • menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

  • memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan masyarakat.

  • berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat, dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

right-sidebar