PRINSIP ETIKA KERJA kementerian pelajaran malaysia
Penerangan:
Niat yang betul:
Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru untuk menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rogani, emosi dan jasmani.
Perlakuan yang baik:
Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej profesion. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik harus dijaga sepanjang masa.
Pergerakan ke arah pembaikan:
Guru mestilah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Penambahbaikan ini berlaku secara berterusan.
Memperkotakan apa yang dikatakan:
Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa yang dikatakan olehnya. Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.
Disiplin dan beradab:
Seorang guru mestilah menjaga disiplin, adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid sebagaimana yang dituntut oleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah yang telah ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Aku Janji, Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Kementerian dan sebagainya.
Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil organisasi:
Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang bertanggungjawab pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki terhadap hasil perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan prestasi organisasi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik.
0 Comments