Unit ini membincangkan tentang amalan etika guru yang berteraskan kepada Kod Etika Profesionalisme Keguruan Malaysia. Kod Etika tersebut mengandungi empat komponen tanggungjawab guru iaitu kepada murid, ibu bapa, profesion dan rakan sejawat, serta masyarakat dan negara. Bagi memastikan guru-guru mematuhi amalan guru cemerlang, beberapa rujukan sebagai garis panduan dan pematuhan perlu digunakan iaitu, Peraturan Pendidikan (Perintah Am), Akta Pendidikan 1996, Pekeliling Ikhtisas dan Undang-undang.
O B J E K T I F
- Menjelaskan pengertian Kod Etika Profesionalisme Keguruan.
- Membincangkan Nilai Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Menganalisis Prinsip Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Menganalisis komponen Kod Etika Profesionalisme Keguruan.
- Membanding beza peraturan pendidikan dan perundangan pendidikan.
- Menganalisis pematuhan guru terhadap peraturan pendidikan.
- Merumuskan tujuan dan fungsi peraturan pendidikan.
A P A I T U K O D E T I K A ?
- mengikut Kamus Dewan IV (2005) ; suatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
- berasal dari bahasa Yunani iaitu 'ethos' yang bermaksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan
- disama ertikan dengan moral & akhlak
MORAL
- berasal dari bahasa Latin iaitu 'mos' atau 'mores' yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan mengamalkan perbuatan yang baik (kesusilaan)
AKHLAK
- berasal dari bahasa Arab yang bermaksud sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang
- terbentuklah perbuatan yang menjadi amalan Al-Ghazali
- satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia
- berkaitan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti
Tokoh | Pengertian Kod Etika Profesionalisme |
Gladding (2000) | Satu set standard atau piawaian dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan memberi panduan kepada ahli mengenai tingkah laku berinteraksi antara ahli dengan orang luar organisasi. |
Ahmad Sarji (1992) | Semua garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. |
Rumusan : Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai serta tingkahlaku profesional |
PRINSIP ETIKA KERJA kementerian pelajaran malaysia
Penerangan:
Niat yang betul:
Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru untuk menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rogani, emosi dan jasmani.
Perlakuan yang baik:
Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej profesion. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik harus dijaga sepanjang masa.
Pergerakan ke arah pembaikan:
Guru mestilah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Penambahbaikan ini berlaku secara berterusan.
Memperkotakan apa yang dikatakan:
Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa yang dikatakan olehnya. Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.
Disiplin dan beradab:
Seorang guru mestilah menjaga disiplin, adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid sebagaimana yang dituntut oleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah yang telah ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Aku Janji, Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Kementerian dan sebagainya.
Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil organisasi:
Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang bertanggungjawab pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki terhadap hasil perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan prestasi organisasi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik.
KOMPONEN Kod Etika Profesionalisme Keguruan
Tanggungjawab Guru terhadap Murid:
lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal peribadi
Bersikap adil terhadap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberi contoh yang baik kepada murid.
membimbing dan mengajar seseorang murid tanpa sebarang bayaran.
memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi.
Tanggungjawab terhadap Ibubapa murid:
memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana.
mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid.
mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan Profesion:
berusaha menunaikan tanggung jawabnya dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi profesion keguruan.
sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara:
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara atau bertentangan Rukun Negara.
memupuk dalam diri murid dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama.
menghormati masyarakat ditempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan.
menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan masyarakat.
berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat, dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Peraturan guru merangkumi 4 iaitu :
1) Pekeliling Ikhtisas & Kementerian
warta kerajaan yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan
Contoh : Nyanyian Lagu Kebangsaan & quot
2) Akta Pendidikan 1996
akta yang mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya
dikenali juga Akta 550 sebagai rujukan dalam melaksanakan tanggungjawab warga pendidik agat sentiasa dalam landasan yang betul
3) Perintah Am (Kelakuan & Tertib)
peraturan-peraturan pegawai awam yang mencakupi kewajipan pegawai awam mematuhi peraturan, kawalan dan pengawasan tatatertib
senarai kesalahan dan ketidakpatuhan terhadap prosesur tatatertib yang boleh disabitkan dengan hukuman tatatertib demi kepentingan awam
4) Undang-Undang Sivil & Syariah
Undang-undang Syariah : hukum perundangan Islam dari Allah SWT bagi umatNya bersumberkan al-Quran dan as Sunnah Rasululllah SAW termasuk dalam kesalahan ialah berkaitan hubungan tidak sah (khalwat dan persetubuhan haram)
Undang-undang Sivil : sekumpulan undang-undang yang mengawal hak dan tanggungan sivil antara individu dengan individu, individu dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu.
• Undang-undang Jenayah : mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat
CIRI-CIRI GURU
Berpekerti mulia
Berpandangan progresif dan saintifik
Bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung aspirasi kebudayan negara
Menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
STANDARD GURU MALAYSIA
Amalan nilai profesional keguruan
Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN
Memastikan pendidikan di Malaysia berkembang maju dan dapat menandingi pendidikan di negara-negara maju di dunia
KOD ETIKA DAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Meletakkan kepentingan dan tanggungjawab guru kepada murid, ibu bapa, profesion, rakan sejawat, masyarakat dan negara
Peranan dan sumbangan guru menentukan masa depan negara
0 Comments